
KECEDERAAN BAHU DAN RAWATAN
Pengenalan
Sendi bahu merupakan antara sendi paling kompleks dalam tubuh manusia. Ia mengawal pelbagai pergerakan bahagian bahu dan tangan, menjadikannya berisiko tinggi mengalami kecederaan, terutamanya dalam aktiviti fizikal dan sukan.
Struktur Bahu

Sendi bahu terbentuk daripada gabungan tiga tulang utama:
-
Tulang lengan (humerus)
-
Tulang kipas (scapula)
-
Tulang selangka (clavicle)
Sendi ini adalah sejenis sendi bebola dan soket yang membolehkan pergerakan luas seperti:
-
Flexion-extension
-
Abduction-adduction
-
Circumduction
-
Rotation
Kecederaan sering melibatkan komponen seperti tulang, otot, tendon, dan ligamen.
Kecederaan Otot Bahu: Rotator Cuff

Rotator cuff ialah sekumpulan otot dan tendon yang menjaga kestabilan tulang lengan di dalam soket. Otot-otot ini termasuk:
-
Supraspinatus
-
Infraspinatus
-
Teres Minor
-
Subscapularis
Punca Kecederaan
-
Trauma dari aktiviti pekerjaan/sukan yang melibatkan pergerakan berulang melepasi kepala
-
Kemerosotan otot/tendon akibat penuaan
Simptom
-
Kelemahan dan had pergerakan bahu
-
Sakit ketika tidur di bahu yang terjejas
-
Sakit ketika menaikkan/menurunkan lengan
Pencegahan
-
Duduk dengan postur betul
-
Elakkan angkat tangan berulang melepasi kepala
-
Jangan tidur di bahu yang sama setiap malam
-
Lakukan senaman regangan
Jenis-Jenis Kecederaan Otot Bahu


1. Rotator Cuff Tear
Koyakan separa atau penuh biasanya melibatkan otot supraspinatus. Ia boleh berlaku akibat jatuh atau mengangkat objek berat.
2. Rotator Cuff Tendonitis
Keradangan pada tendon rotator cuff.
3. Subacromial Bursitis
Keradangan pada bursa di bahu yang menyebabkan geseran antara otot dan tulang.
4. Shoulder Impingement Syndrome
Kesakitan akibat tendon atau bursa yang dihimpit ketika pergerakan. Kerap berlaku dalam sukan seperti besbol, tenis, dan bola tampar.
5. Biceps Tendonitis
Keradangan pada tendon biceps yang menyebabkan kemerahan, bengkak, dan akhirnya boleh menyebabkan benjolan “popeye”.
6. Biceps Tendon Tears
Kecederaan pada tendon biceps, selalunya di bahagian atas.


Bahu Terkehel (Dislocation)

Berlaku apabila tulang terkeluar dari soket. Boleh jadi separa (subluxation) atau penuh (dislocation).
Punca
-
Hentakan kuat, putaran ekstrem, jatuh atau kemalangan
-
Sukan lasak seperti bola sepak, ragbi, hoki
Simptom
-
Bahu kelihatan cacat
-
Sakit teramat sangat
-
Rasa kebas atau kelemahan pada tangan/jari
Rawatan
-
Tuam ais
-
Penarikan tertutup oleh doktor
-
Imobilisasi atau pembedahan
-
Senaman rehabilitasi
Kecederaan Sendi Acromioclavicular (AC)

Sendi ini menyambungkan clavicle dan acromion. Kecederaan dikenali sebagai “shoulder separation”.
Punca
-
Jatuh pada bahu
-
Pukulan dalam sukan lasak
Simptom
-
Benjolan besar, lebam
-
Had pergerakan bahu
-
Menyokong siku yang tercedera
Rawatan
-
Rehat
-
Sling
-
Tuam ais dan ubat-ubatan
-
Rehabilitasi
Kepatahan Tulang Bahu (Shoulder Fractures)

Selalunya melibatkan:
-
Clavicle
-
Proximal humerus
-
Scapula
Simptom
-
Sakit, bengkak, lebam
-
Bunyi kisaran bila digerakkan
-
Kekakuan pada tangan
Jenis Kepatahan
1. Clavicle Fracture
Kerap berlaku, hadkan pergerakan bahu. Rawatan termasuk sling atau pembedahan.
2. Scapula Fracture
Jarang berlaku kerana dilindungi otot. Biasanya akibat trauma tinggi seperti kemalangan.
3. Proximal Humerus Fracture
Boleh disebabkan jatuh atau osteoporosis.
Senaman Untuk Kecederaan Bahu
Lakukan senaman berikut secara berkala:
Posterior Stretch
-
Tahan: 15 saat
-
Ulang: 2 set, 10 kali
Shoulder Stretch Using Towel
-
Tahan: 10 saat
-
Ulang: 2 set, 10 kali
Wall Climbing (Side dan Front)
-
Tahan: 10 saat
-
Ulang: 3 set, 10 kali
Pendulum Exercise
-
Ulang: 3 set, 10 kali
